Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Pengantin Pelakun Rashidi Ishak lakukan suatu yg ganjil di Majlis Perkahwinan

Pengantin Pelakun Rashidi Ishak lakukan suatu yg ganjil di Majlis Perkahwinan


Berita pernikahan aktor, Rashidi Ishak dengan pengarah drama Kampung People iaitu Wan Hasliza Wan Zainuddin hari ini sememangnya mengejutkan ramai.

Perkhabaran gembira ini telah disambut dengan ucapan tahniah daripada peminat serta rakan artis yang tumpang bahagia apabila aktor kacak ini kembali bergelar suami.

Pakai sneaker je waktu majlis nikah. Dalam pada itu, kasut yang dipakai Rashidi telah menarik perhatian apabila ‘sempoi’ menyarung sneaker jenama Nike ketika bersanding selepas akad.

Anak pakai Dr Martens, ayah pakai Nike
Menerusi perkongsian anak gadisnya, Maryam Rashika, dia telah memuat naik gambar bersama bapanya sambil menunjukkan kasut digunakan oleh mereka.

“Ayah memakai kasut Nike pada majlis kahwinnya dan anak perempuan mengenakan Dr Martens di majlis kahwin bapanya,” tulisnya.

Untuk rekod, Rashidi Ishak pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres terkenal, Vanida Imran pada 1 Oktober 2000. Walau bagaimanapun, selepas hampir 18 tahun bergelar suami isteri, mereka mengambil keputusan untuk berpisah pada 2018.

Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mikhail Imran (lahir 2001) dan Maryam Rashika (lahir 2004).

Ini antra komen netlzen.

Posting Komentar untuk "Pengantin Pelakun Rashidi Ishak lakukan suatu yg ganjil di Majlis Perkahwinan"