Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Tahniah, 4 Tahun Bercerai Dgn Suami, Akhirnya Pelakon Fatin Afeefa Sah Bertunang Dgn Jutawan?

Tahniah, 4 Tahun Bercerai Dgn Suami, Akhirnya Pelakon Fatin Afeefa Sah Bertunang Dgn Jutawan?


Pelakon sensasi, Fatin Afeefa seolah-olah memberi bayangan sudah bergelar tunangan orang. Menerusi satu hantaran di Instagram Story miliknya, Fatin berkongsi video yang menunjukkan majlis menyarung cincin antara dua wanita tanpa menunjukkan wajah seakan-akan dalam satu majlis merisik atau bertunang.

Dalam hantaran berasingan, Fatin mengenakan persalinan baju kurung rona krim sama dengan pakaian wanita dalam video terdahulu dilihat membuat ‘miming’ lagu After Last Night dendangan asal Bruno Mars, Anderson. Paak dan Silk Sonic seperti meluahkan perasaan yang dirasainya ketika ini.

Lebih menguatkan spekulasi itu, penampakan sebentuk cincin berlian tersemat di jari manisnya sekali gus menguatkan terdapat majlis yang dilakukan.Sehingga kini, ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu masih mengunci mulut mengenai status baharunya.

Sebelum ini tular sekeping foto menunjukkan Fatin berjalan berpegangan tangan di sebuah acara bersama lelaki yang didakwa netizen sebagai kekasihnya. Terdahulu Fatin meraih perhatian netizen apabila wujud pelbagai konflik bersama bekas suami, Adam Shahz.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 2013, namun berpisah empat tahun kemudian. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia, 7, manakala daripada perkahwinan sebelum ini Fatin mempunyai seorang cahaya mata lelaki.

Jalan Pegang Tangan, Fatin Afeefa Tayang Kekasih Jutawan?

Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai isu antara pelakon Fatin Afeefa dan bekas suaminya, Adam Shahz berikutan ungkit-mengungkit kisah perceraian mereka.Baru-baru ini tular gambar Fatin menjadi bualan ramai memaparkan aktres itu bersama seorang lelaki didakwa kekasihnya.

Menerusi gambar tersebut, Fatin dilihat berpegangan tangan dengan lelaki misteri itu sekaligus membuatkan netizen tertanya-tanya siapa gerangan jejaka kacak itu.Di media sosial, ada netizen mendakwa lelaki tersebut merupakan seorang jutawan namun tidak dapat dipastikan kesahihan perkara itu.

Dalam pada itu, ada netizen mendakwa mungkin ini sebab mengapa bekas suami ‘meroyan’ kerana Fatin dikatakan sudah bahagia bersama yang lain. Sementara itu, rata-rata netizen mendoakan agar Fatin segera mendirikan rumah tangga serta memuji pasangan itu sememangnya sama cantik, sama padan. Terdahulu, Fatin berkata dia sudah pun move on daripada kisah lalu perkahwinannya serta mengatakan bakal berkahwin dengan 

Posting Komentar untuk "Tahniah, 4 Tahun Bercerai Dgn Suami, Akhirnya Pelakon Fatin Afeefa Sah Bertunang Dgn Jutawan?"